X CLOSE
Iklan Banner Terpercaya
Mohon Maaf Sobatlovers
Langsuir (2018)

Langsuir (2018)

Sep. 20, 2018
Your rating: 0
10 1 vote

Video trailer

Sinopsis

SINOPSIS LANGSUIR
Menceritakan kisah cinta dua dunia antara Azlan dan Suri. Mereka bertemu ketika Azlan dan kawan-kawannya berkunjung ke pulau terlarang bernama Pulau Langsuir. Azlan yang jatuh cinta dengan Suri tidak mengetahui bahawa Suri adalah langsuir yang mendiami pulau itu. Zaman irihati dengan hubungan Azlan dan Suri telah merancang untuk menikam paku tajam ke kepala Suri untuk melihat sejauh mana kebenaran mitos mengatakan langsuir akan kekal menjadi perempuan cantik jika kepalanya ditebuk paku. Tindakan Zaman telah berjaya dengan bantuan Kamal namun telah menimbulkan kemarahan Dewi, kakak Suri. Dewi nekad mahu membalas dendam dan menghancurkan Zaman serta rakan-rakannya. Mampukah cinta antara dua dunia bertahan atau terkubur demi menyelamatkan sebuah persahabatan?

Filem Langsuir merupakan cerita seram romantis yang menemukan gandingan Syafiq Kyle dan artis kelahiran Singapura, Hannah Delisha. Filem arahan Oslam ini adalah filem sulung terbitan Guam Teamwork Sdn Bhd dengan kerjasama produksi Nuansa Films. Akan ditayangkan di pawagam bermula 20 September 2018.

TAJUK : LANGSUIR
Tarikh Tayangan : 20 September 2018
Genre : Seram / Romantik
Pengarah : Osman Ali
Pelakon : Syafiq Kyle, Hannah Delisha, Julia Farhana Marin, Firdaus Nadxaman, Shahkimin, Halim Radzi, Daaim Jailani, Nazri John, Naza Manas
Terbitan : Guam Teamwork Sdn Bhd, Nuansa Sdn Bhd

WATAK PELAKON
Syafiq Kyle sebagai Azlan
Hannah Delisha sebagai Suri
Firdaus Nadxaman sebagai Zaman
Julia Farhana Marin sebagai Dewi
Halim Radzi sebagai Kamal
Shah Kimin sebagai Udin
Nazri sebagai Alias
Daaim Jailani sebagai Eron

Judul FilmLangsuir

Recomended Untuk Ditonton

Be with You (2018)
The 100th Love with You (2017)
Unforgettable (2016)
Insya Allah Sah 2 (2018)
Radio Galau FM (2012)
Seondal: The Man Who Sells the River (2016)
The Classic (2003)
The Sword with No Name (2009)
Girls in the Dark (2017)
Hamba Iblis (2018)
I Fine..Thank You..Love You (2014)
Pained (2011)