X CLOSE
Iklan Banner Terpercaya
KL Gangster Underworld (2018)

KL Gangster Underworld (2018)

Aug. 16, 2018
Your rating: 0
10 1 vote

Video trailer

Sinopsis

Drama gangster generasi baru ini mengandungi enam episod, yang memberi fokus pada sisi gelap Kuala Lumpur dan kegiatan kongsi gelap di Kampung Baru. Proses rakaman dijalankan sepenuhnya di Kuala Lumpur, #KLGU disiarkan secara percuma di kesemua platform digital iFlixFREE bermula 16 Ogos 2018.

sinopsis KL Gangster Underworld iflix free by STAIL.MY 1

KL Gangster Underworld bermula selepas insiden KL Gangster 1 (lakonan Aaron Aziz dan Adi Putra), semasa kongsi-kongsi gelap di Kuala Lumpur kehilangan nakhoda akibat dibunuh atau dipenjara selepas ditangkap pihak berkuasa. Masing-masing bersaing dan berbunuhan bagi merebut takhta kosong yang ditinggalkan. Pertumpahan darah, pembelotan dan sabotaj bermaharajalela sepanjang tempoh darurat ini.

Di tengah kekalutan ini, terdapat seorang ahli kongsi yang ingin mengundur diri dan memulakan kehidupan baru sebagai insan biasa, namun dihalangi oleh rintangan dan aral yang melintang sehingga memaksa dia kembali bergiat dalam aktiviti haram ini. Tak tersangka, pengembalian dia ke arena kongsi gelap ini mencetus satu revolusi baru kepada dinasti kongsi gelap di Kuala Lumpur.

#KLGU diarahkan Faisal Ishak (Juvana) dan diterbitkan oleh penerbit filem pecah panggung seperti KL Gangster 1 & 2, Munafik dan Abang Long Fadil yang sama iaitu SKOP Production. Ia adalah filem sambungan berbentuk drama siri yang ada kaitan dengan KL Gangster 1 & 2, tetapi mempunyai sudut dan latar belakang serta watak-watak baru yang berbeza.

Drama siri kongsi gelap ini ditulis oleh Nazri Vovinski Annuar. Diterbitkan secara eksklusif oleh Datuk Yusof Haslam, di samping dua anaknya, Syafiq Yusof dan Syamim Yusof bertindak selaku penerbit eksekutif. #KLGU disiarkan di bawah program iFLIX Original, yang menghimpun drama-drama bersiri bertaraf premium di bawah payung iFLIX Malaysia.

Barisan pelakon-pelakon handal dan terkenal tanah air seperti Beto Kusyairy, Ezzaty Abdullah, Azhan Rani, Nabila Huda, Hasrul Rahmat, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar, Fezrul Khan, Fadlan Hazim dan Daniella Sya membintangi KL Gangster Underworld ini.

Judul DramaKL Gangster Underworld
Perdana TayangAug. 16, 2018
Terakhir TayangAug. 16, 2018
Season1
Jumlah Episode6
Status TayangReturning Series

Season Dan Episode

1Season 1 Aug. 16, 2018

Recomended Untuk Ditonton

ID: Gangnam Beauty (2018)
Argon (2017)
Great Seducer / Tempted (2018)
Devilish Joy (2018)
Good Doctor (2013)
Suits (2018)
The Good Thieves (2017)
What’s Wrong With Secretary Kim (2018)
Temperature of Love (2017)
IZ*ONE CHU (2018)
A Korean Odyssey (2017)
Our Glamorous Time (2018)